HARI KELUARGA PPD KUALA KANGSAR

                                                                       

 

 

    Pada 14 Januari 2017, Hari Keluarga PPD diadakan di Kem Rekreasi Intan Suraya yang telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Perak Tn. Hj. Mat Lazim bin Idris. Antara aktiviti hari keluarga yang dianjurkan ialah hiking, permainan sukaneka dan pertandingan memancing.

    Menjelang tengahari, staff dan ahli kelab PPD berhenti rehat untuk makan tengahari. Sebelum program berakhir, penyampaian cenderahati diberikan kepada staff sebagai kenangan. Objektif program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PPD.

CetakEmel

PROGRAM PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) PERINGKAT PARLIMEN KUALA KANGSAR TAHUN 2017

                                                                        

    Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar telah menganjurkan Program Penglibatan Ibu bapa dan Komuniti (PIBK) pada 12 Januari 2017 di Dewan Hamdan, SMK Clifford. Program ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar Y.B. Datin Mastura bt. Tan Sri Dato' Mohamad Yazid. Turut hadir bagi menjayakan program ini adalah YDP. NYDP dan Setiausaha PIBG bagi setiap sekolah di Daerah Kuala Kangsar.

    Program ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mentransformasi sistem pendidikan negara. Selain itu, penglibatan Ibu bapa dan Komuniti secara aktif sebagai rakan sekolah dilihat mampu berperanan membantu meningkatkan proses pembelajaran, keberhasilan murid dan prestasi sekolah.

    Program ini mendapat pujian daripada Y.B. Datin Mastura dan berharap akan ada program yang sebegini rupa dalam meningkatkan taraf pendidikan murid sekolah.

 

 

 

CetakEmel