PIAGAM PELANGGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

  1. Keputusan  pertukaran  murid  dimaklumkan  dalam  tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
  2. Keputusan permohonan belajar semula murid warganegara di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
  3. Setiap murid mendapat buku teks(SPBT), satu meja dan satu kerusi pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
  4. Proses penempatan guru diuruskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas senarai bekalan guru diterima di lokasi.
  5. Pertukaran guru di dalam daerah dilaksanakan dua (2) kali setahun (Januari dan Jun) dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh tutup permohonan sehingga tarikh surat kelulusan pertukaran dikeluarkan.
  6. Surat tawaran kerja/kontrak dikemukakan kepada kontraktor dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Sebut Harga.
  7. Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).
  8. Akuan penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam.
  9. Setiap aduan diambil tindakan dalam tempoh empat belas (15) hari waktu bekerja.
  10. Semua kanak-kanak mengikut kohort umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan bermula.