Tahun 1970 : Dikenali sebagai Pejabat Pengelola Daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak. Hanya terdapat 2 orang pegawai sahaja iaitu Ketua Pengelola dan Penolong Pengelola. Tidak mempunyai bangunan sendiri, dan terpaksa menumpang di kawasan Pejabat Daerah Kuala Kangsar.
Tahun 1975 : Terdapat penambahan pegawai iaitu; 2 orang Penolong Pengelola yang mengurus SR dan SM.
Tahun 1980 : Pejabat Pengelola Daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak telah berpindah ke bangunan sendiri di Bukit Chandan dan dinamakan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar. Pada masa ini kedudukan pegawainya juga sudah berubah, iaitu: - 1 orang Pegawai Pendidikan Daerah - 2 orang Penolong Pegawai Pendidikan Daerah - 3 orang Penyelia, dan - 3 orang Staf sokongan yang terdiri daripada 1 orang kerani, 1 orang Jurutaip dan 1 orang Tukang kebun
Tahun 1995 : Berlaku penyusunan semula Struktur Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, iaitu: - 1 orang PPD - 3 orang Timbalan PPD - 1 orang PPD(R) - 4 orang Penyelia
Tahun 1997 :  Berpindah ke bangunan baru di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Kangsar berhampiran Kolej Melayu K.Kangsar. Tahun 2004 : Penyusunan semula pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar - 1 orang PPD - 4 orang Timbalan PPD - 1 orang PPD(R) - 1 orang Pegawai Eksekutif - 1 orang Penolong Akauntan - 35 orang Pegawai yang terdiri daripada Penyelia Kanan, Penyelia dan Pegawai Khas.