Guru Besar
Sekolah Rendah
Negeri Perak.

Tuan,

PENCALONAN UNTUK MENJADI PEMERIKSA KERTAS PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) NEGERI PERAK TAHUN 2017

Sukacita saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP) akan melantik guru-guru daripada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sebagai Pemeriksa Kertas peperiksaan UPSR bagi tahun 2017. Sehubungan itu, LP memohon semua Guru Besar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan untuk mencalonkan seorang guru sebagai Pemeriksa bagi setiap mata pelajaran yang   ditawarkan di sekolah masing-masing. Guru yang dicalonkan hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan dan mengisi Lampiran A1. Guru yang telah dilantik sebagai Pemeriksa oleh LP tidak perlu dicalonkan lagi.

3.     Guru Besar hendaklah melengkapkan Lampiran A2 serta Lampiran A3 dan dihantar ke Unit UPSR, Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sebelum 20 Januari 2017 (Jumaat). Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Rohaizad bin Abdullah Fisol di talian 013-423 3598 / 05-5015264.

Sekian, terima kasih.

 

b/p:     Ketua Sektor
           Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan.