Semua Guru Besar
Sekolah Rendah
Negeri Perak.

Tuan,

KOHORT UMUR DAN PENGEMASKINIAN DATA APDM SEKOLAH BAGI TUJUAN PENDAFTARAN UPSR NEGERI PERAK TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran calon untuk UPSR secara atas talian bagi tahun 2017 akan bermula pada 01 - 31 Mac 2017. Kohort umur yang dibenarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pendaftaran UPSR 2017 ialah lahir pada 02 Januari 2005 hingga 01 Januari 2006. Bagi murid yang lahir pada 02 Jan - 15 Jan 2006 dan berada di Tahun 6 tahun 2017 mestilah mempunyai surat kelulusan daripada BPSH, KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri.

3.     Untuk data APDM, pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menyalin data berkaitan murid tahun 6 2017 untuk tujuan pendaftaran secara atas talian pada 27 Februari 2017. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan memaklumkan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Setiausaha Peperiksaan UPSR sekolah untuk mengemaskini data Aplikasi Pengkalan Data Murid Sekolah (APDM) murid Tahun 6 tahun 2017 bagi tujuan tersebut.

4.     Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Rohaizad bin Abdullah Fisol di talian 013-423 3598 / 05-5015264.

Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

b/p:     Ketua Sektor
           Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan.