Pengetua
SMK / SBP / SABK / SMKA
Kolej Vokasional / MRSM / Swasta / Agama
Negeri Perak.

Tuan,

MAKLUMAT SEKOLAH UNTUK PROSES PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.     Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk melengkapkan "Borang Maklumat Sekolah Untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2017 (Lampiran A)" bagi tujuan mengemaskini Sistem Pendaftaran Peperiksaan SPM Tahun 2017. Sila kembalikan borang tersebut pada atau sebelum 31 Januari 2017.

3.     Bersama-sama ini disertakan "Borang Maklumat Sekolah Untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2017 (Lampiran A)" untuk makluman dan tindakan tuan.

Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

b/p:     Ketua Sektor
           Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan