Semua Pengetua dan Guru Besar
Negeri Perak

Tuan,

TAKWIM PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran Tahun 2017. Takwim tersebut boleh dimuat turun daripada portal Lembaga Peperiksaan di alamat http://lp.moe.gov.my  . Sehubungan itu, tuan diminta memuat turun dan mencetak takwim tersebut untuk rujukan dan persediaan sekolah pada tahun ini.

3.     Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Kamarul Baharin bin Haji Idris di talian 05-5015174 / 019-7308819.

Kerjasama tuan mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

b/p:     Ketua Sektor
           Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan.