Semua
Pegawai Pendidikan Daerah
Pengetua / Guru Besar
Negeri Perak

 PELAKSANAAN AMALAN GURU PENYAYANG DI SEKOLAH

Adalah dimaklumkan bahawa Amalan Guru Penyayang yang dilaksanakan dalam kalangan murid dan warga sekolah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Perkara ini ditegaskan pelaksanaannya melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 78 Tahun 2013 dan Bilangan 9 tahun 2013, berkaitan Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang Di Sekolah.

Di samping itu juga bagi memperkasakan Amalan Guru Penyayang, Surat Siaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak Bilangan 20 Tahun 2016 berkaitan Pelaksanaan Amalan Senyum, Sapa dan Salam (3S) sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga sekolah.

Sehubungan dengan itu, Semua Pengetua dan Guru Besar dimunta mematuhi peringatan ini untuk terus menghayati konsep Amalam Guru Penyayang dan meningkatkan sikap kepedulian (concern) guru terhadap muridnya pada setiap masa.

Sekian.

 

 Unit Hal Ehwal Murid

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pendidikan Negeri Perak