Semua
Pegawai Pendidikan Daerah
Pengetua / Guru Besar
Negeri Perak.

 

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR-MENTEE DI SEKOLAH

Adalah dimaklumkan bahawa melalui Surat Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 3 Tahun 2013, berkaitan dengan Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee di sekolah, program ini adalah untuk memperkukuhkan Amalan Guru Penyayang. Modul-modul memberi penekanan kepada pengukuhan sifat kepedulian (concern) guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria perihatin dan sabar.

sehubungan dengan itu, semua Pengetua dan Guru Besar diperingatkan untuk memanafaatkan sepenuhnya panduan dan modul semasa Program Mentor-Mentee dijalankan di sekolah. Pemantauan akan dilakukan

Sekian, terima kasih. 

Unit Hal Ehwal Murid

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pendidikan Negeri Perak