Semua Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak

 

Semua Pengetua

Sekolah Menengah PTJ

Negeri Perak

 

Tuan/Puan

 

LAPORAN UTILITI BERDASARKAN ARAHAN PENTADBIRAN KPM BIL.1 TAHUN 2016: LANGKAH MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN UTILITI DI SEMUA BANGUNAN PEJABAT/BANGUNAN SEWAAN/PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Dipohon kerjasama pihak tuan/puan agar dapat mengemukakan maklumat utiliti seperti dalam  format yang dilampirkan bagi bilbulan Oktober hingga Disember 2016 sebelum / pada 6 Januari 2017

2. Bagi menyelaras pengumpulan laporan, agensi yang bertanggungjawab adalah seperti berikut:

i. JPN – compilation keseluruhan;

ii. PPD – melaporkan bagi PPD dan semua sekolah rendah dan menengah di bawah seliaan PPD  (kemukakan maklum balas secara faks: 05-527 1244 /

    email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.); dan   

iii.Sekolah PTJ – melaporkan bagi sekolah PTJ (kemukakan maklum balas secara faks: 05-527 4782 / email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

   

3.Laporan ini hendaklah memperlihatkan kesan penjimatan , sekiranya tiada penjimatan , Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memberi sebab-sebab munasabah.

4.Untuk makluman, hanya sekolah PTJ sahaja perlu kemukakan maklumat utiliti ke JPN (seperti di para 3) . Sekolah Harian biasa & sekolah bantuan modal tidak perlu kemukakan maklumat ke JPN/PPD.

5.Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai. 

 Sekian, terima kasih.

 

Unit Kewangan

JPN Perak