Pengetua
Sekolah Menengah
Negeri Perak

Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA: PENUKARAN TEKS KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS TINGKATAN 3 MULAI TAHUN 2017

Sukacita saya merujuk kepada surat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia rujukan KP/KPPM/6 Jld.2 (25) bertarikh 30 Disember 2016.

2.            Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa surat pekeliling ikhtisas yang dilampirkan bagi tujuan memaklumkan kepada semua sekolah menengah tentang penukaran teks novel dan puisi dalam komponen sastera (KOMSAS) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan 3 mulai tahun 2017.

3.            Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memaklumkan tentang perkara tersebut kepada Panatia Bahasa Inggeris di bawah pentadbiran tuan dan muat turun surat pekeliling ikhtisas tersebut.

Atas sokongan dan kerjasama yang diberikan, kami ucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

EN.MD FAISAL BIN MD YUSUF

Pen.Pengarah (Bahasa Inggeris)
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

b.p Pengarah

       Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Attachments:
Download this file (KOMSAS TINGKATAN 3 BAHASA INGGERIS 2017.pdf)KOMSAS TINGKATAN 3 BAHASA INGGERIS 2017.pdf [ ] 397 kB